Search

Semalam alhamdulillah saya sempat makan tengahari ...

  • Share this:

Semalam alhamdulillah saya sempat makan tengahari bersama saudara baru yang pernah di taja ke Tanah Suci di bawah NGO Kembara Iman Saudara Baru .
.
Waktu inilah kami bertanya khabar dan meluahkan semua yang terpendam secara 4 mata.
.
Antara luahan yang dilontarkan, masalah murtad, dan semakin jauh dengan Islam.
.
Ada diantara saudara mereka telah murtad kerana tekanan yang dibuat oleh segelintir masyarakat Islam. Terlalu menekan dan menghukumi perbuatan mereka. Inginkan mereka berubah 100% menjadi Muslim sejati. Terlalu banyak yang tak boleh dari yang boleh.
.
Tekanan-tekanan sebegini membuatkan mereka putus asa. Hati yang telah dijinakkan .. boleh kembali liar kerana kata-kata dan tekanan kita terhadap saudara baru.
.
Muallaf, saudara baru atau reverted memang perlukan sokongan masyakarat Islam untuk terus kekal akidahnya dalam Islam.
.
Kalau kita nampak saudara baru kita buat kurang sesuai dalam Islam, jangan terus kecam dan menekan. Setiap orang perlukan masa untuk berubah jadi baik. Doa, kata-kata semangat, kawan yang baik , guru dan bimbingan amat diperlukan untuk mereka terus istiqmah.
.
Dakwah tak perlu keras, dakwah Rasulullah SAW sangat lembut.
.
Saya jatuh cinta dengan Islam dan boleh kembali kepada Islam kerana dakwah Rasulullah SAW tinggalkan walaupun Baginda sudah 1400tahun meninggalkan kita.
.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
#adamcorrie #reverted #saudarabaru #muallaf


Tags:

About author
not provided